Followers

Thursday, September 15, 2011

mendonut


demam tak kebah-kebah..
telinga rasa pekak je..
malam-malam batuk mcm nak tercabut kerongkong hhehhe
mmg memenatkan..
budak-budak dekat umah ni..memang tak terlayan lately..
so petang ni panaskan badan..

mari mendonutkan diri...


selepas menggoreng beberapa ketul untuk budak kenit ni..
belennya hakak 1/2 cook kan dan  frozenkan..ada la dalam 30 biji..
nanti-nanti derang nak makan hakak gorengkan aje..
sok-sok la kalo rajin sikit hakak nak topping kan dengan coklat..letak badam cincang..hias2 la..ala-ala big apple punya..kihkih

resepinya hakak ceduk kat myresepi..credit untuk hasue..
setakat ni..resepi ni hakak da guna banyak kali untuk  projek mendonut hakak
dan resepi ni memang setakat ni menjadi pujaan seisi keluarga..


resepi donut sedap
(betul-betul hakak copypaste ni..siap ada line lagi bahan2nya tu hehhe)

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin / Mentega
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


  1.  Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2.  Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3.  Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4.  Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5.  Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
  6.  Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7.  Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8.  Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. 







2 comments:

Lelord said...

huhuhu aku pun nak menyoping mauripan bawak balik doha ni

larradanish said...

lelord>>>soping jgn x soping..selamat mendonut..megepau..mengroti dan sengkatan dgnnya hhehhehe